Maklumat Jurnal

Reka Bentuk Dan Prestasi Peranti Pemeteran Penabur Terus Biji Benih Padi

Penulis :
Syed Abdul Hakim Syed Abdul Majid
Penyelia :
Associate Professor Muhammad Salih Bin Haji Ja’Afar, Phd
Institusi :
Universiti Putra Malaysia
Jenis Dokumen :
Masters
Tarikh Isu :

Abstrak :

Satu bentuk pemeteran benih padi telah direkabentuk untuk meletakkan padi pracambah dalam jumlah yang terbaik untuk menghasilkan pertumbuhan pokok padi yang sihat.

Dimensi, sifat semulajadi dan betuk benih telah diambilkira semasa mereka bentuk komponen-komponen peranti pemeteran ini. Pengukuran dimensi benih padi serta kesesuaian bahan adalah berasaskan benih padi dari variety MR220. Peranti pemeteran yang dihasilkan telah diuji di dalam dan luar makmal dengan mengenakan beberapa faktor luaran yang boleh mempengaruhi prestasi dan perlakuan alat tersebut.

Faktor luaran yang dikenakan kepada anak benih adalah kelembapan benih padi, kelajuan tolakan angin dan kelajuan pusingan peranti. Selain dari itu peranti juga diuji secara manual dan juga dengan traktor di tapak sawah kering. Dari keseluruhan pengujian yang dibuat, dapat dikatakan bahawa prestasi peranti pemeteran sangat dipengaruhi oleh kelembapan biji benih padi.

Benih padi dalam keadaan kering amat mudah melungsur keluar dari unit permeteran tersebut tetapi benih padi basah amat sukar di lepaskan dan penggunaan hembusan udara berterusan ke dalam takung benih dapat mengatasi masalah tersebut. Pada keadaan kering, purata jumlah benih padi yang dilepaskan dari unit pemeteran tersebut adalah sebanyak 5 butir dalam satu longgokkan. Pengujian dengan benih padi dalam keadaan lembap dibantu denga hembusan angin pula menghasilkan purata sejatuhan sebanyak 3 butir.

Selain dari itu peranti pemeteran tersebut dapat memberikan purata jarak jatuhan benih sejauh 22sm pada semua keadaan ujikaji.