Maklumat Jurnal

Penganggaran Hasil Tambah Eksponen Berganda Dua Pembolehubah

Penulis :
Siti Hasana Sapar
Penyelia :
Professor Dato' Kamel Ariffin Bin Mohd Atan, Phd
Institusi :
Universiti Putra Malaysia
Jenis Dokumen :
Phd
Tarikh Isu :

Abstrak :

Katakan x = (x, ,x, ,...., x, ) suatu vektor dalam ruang Zn dengan Z menandakan gelanggang integer.

Katakan q integer positif dan f suatu polinomial dalam 5 berpekalikan unsur dalam Z. Hasil tambah eksponen yang disekutukan dengan f ditakri &an sebagai di mana hasil tambah dinilaikan di dalam set reja lengkap modulo q. Peranan anggaran ~ ( f ; q ) adalah penting dalam bidang kajian teori nombor analisis.

Ianya dapat membantu menghasilkan keputusan-keputusan yang lebih jitu dalam masalah-masalah berkaitan. Seperti yang telah ditunjukkan oleh beberapa penyelidik terdahulu, antaranya Loxton dm Smith, nilai ~ ( f ;ada~la)h bersandar kepada penganggaran bilangan unsur IV/ yang terdapat dalam set V ={xmodq[f =_Omodq) -X dengan f menandakan polinomial-polinomial terbitan separa f terhadap -X -x= (x,,x ,,...., X") . Kajian yang dijalankan merupakan lanjutan daripada kajian pengkaji-pengkaji dahulu. Penyelidikan ini menumpukan kepada masalah penentuan anggaran hasil tarnbah eksponen bagi polinomial-polinomial tertentu berdarjah lebih daripada empat.

Pendekatan yang dilakukan ialah dengan menggunakan kaedah p-adic dan penelitian terhadap gabungan gambarajah penunjuk yang disekutukan dengan polihedron Newton polinomial-polinomial terbitan separa bagi setiap polinomial yang dikaji.