Maklumat Jurnal

Penggunaa Multimedia Dalam Perkamusan Di Sekolah Menengah

Penulis :
Hazim Siron
Penyelia :
Professor Madya Noor Aina Dani, Phd
Institusi :
Universiti Putra Malaysia
Jenis Dokumen :
Masters
Tarikh Isu :

Abstrak :

Kajian ini menghuraikan peranan multimedia dalam perkamusan dari sudut makna dan keberkesanan penggunaan kamus berbentuk multimedia dalam pemahaman makna entri kamus yang dipilih.

Untuk itu, perisian Kamus Multimedia dibina dengan menggunakan Microsoft Power Point. Kamus Multimedia ini menghuraikan makna entri-entri yang dipilih dengan menggunakan prinsip-prinsip multimedia. Entri-entri dan subentri yang diambil daripada Kamus Dewan edisi 1998, ialah sebanyak 1 17 entri yang dibahagikan kepada kata nama, kata istilah, kata adjektif dan kata kerja.

Hasil soal selidik daripada respondan dianalisis, dan dikaitkan dengan teori-teori pembelajaran iaitu Teori Behaviourisme, Teori Fahaman Binaan (Teori Konstruktif), Teori Pemrosesan Maklumat, Teori Neurosains, Teori Kecerdasan Pelbagai., dan Teori Kontekstual. H a d kajian mendapati, dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi yang menerapkan elemen-elemen multimedia seperti video, audio, animasi, grafik, dan teks, kefahaman terhadap entri kamus yang dipilih terutama yang berbentuk abstrak seperti mimik muka, dapat lebih jelas lagi. Penggunaan elemen multimedia, hiperteks,dan boleh terus melayari internet menyebabkan perisian Kamus Multimedia yang dibina ini menjadi lebih menarik dan sesuai dijadikan bahan untuk pembelajaran terutama dalam penggunaan kamus.