Maklumat Jurnal

Pemikiran Dan Teknik Penceritaan Dalam Novel Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Penulis :
Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi
Penyelia :
Hj. Ramli @'Sahari Bin Isin, Phd
Institusi :
Universiti Putra Malaysia
Jenis Dokumen :
Phd
Tarikh Isu :

Abstrak :

Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumat dan rumusan tentang pemikiran dan teknik penceritaan dalam novel-novel komponen sastera bahasa Melayu.

Berdasarkan 20 buah novel yang dijadikan bahan kajian dengan menggunakan pendekatan psikologi dan etika ini diharap dapat memperkukuh kenyataan bahawa kedua-dua aspek ini mempunyai hubungan dengan manusia. Objektif kajian ini untuk menganalisa pemikiran yang diungkapkan oleh pengarang dan melihat kepelbagaian teknik penceritaan yang digunakan dalam novel-novel yang dikaji. Penyelidikan ini menyentuh beberapa kajian yang lalu, buku-buku dan kertas kerja yang memperkatakan pemikiran, teknik penceritaan dan bahan-bahan komponen sastera.

Kajian ini juga menganalisis pemikiran yang merangkumi aspek sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi dalam karya-karya pilihan. Aspek-aspek ini diteliti untuk melihat perkaitannya dengan masyarakat. Seterusnya, penganalisisan teknik penceritaan pula merangkumi teknik pemerian, tuturan yang terdiri daripada dialog, monolog dan monolog dalarnan seterusnya imbas kembali, imbas muka, ketegangan dan kejutan.

Teknik-teknik tersebut mempunyai fungsi masing-masing dalam memperkembangkan plot cerita.