Maklumat Jurnal

Pengubahsuaian Ke Atas Kaedah Kecerunan Konjugat Untuk Peminimuman Tak Berkekangan

Penulis :
Norfifah Bachok @ Lati
Penyelia :
Professor Madya Dr. Malik Hj. Abu Hassan, Phd
Institusi :
Universiti Putra Malaysia
Jenis Dokumen :
Masters
Tarikh Isu :

Abstrak :

Penumpuan utama tesis ini adalab dalam usaba mencari penyelesaian berangka untuk masalab pengoptimuman tak linear tak berkekangan.

Kami mempertimbangkan suatu kaedab pengoptimu man yang terkenal disebut kaedab kecerunan konjugat. Khususnya, satu kelas kaedab kecerunan konjugat bemama kaedab Fletcher-Reeves akan difokuskan. Kami lanjutkan analisis kami kepada tatacara gelintaran gans baru yang diperkenalkan oleh (Potra dan Shi, 1995). Kami seterusnya menerbitkan dua teknik pembaikan: yang pertama kami menggunakan satu kriteria penukaran di antara arab kecerunan konjugat dan kuasi-Newton dan untuk yang kedua, kami memperkenalkan penggunaan arab kelengkungan negatif dalam gabungan linear bagi kaedab kecerunan konjugat dan kuasi-Newton.

Tesis ini akan meliputi keputusan-keputusan yang menghuraikan persembaban berangka bagi kaedahkaedab terubahsuai ke atas suatu set fungsi ujian yang dipilih. Kesimpulan dan beberapa kemungkinan kajian lanjutan akan diberi untuk mengakhiri tesis ini. Penggunaan tatacara gelintaran garis baru, penukaran di antara arab kecerunan konjugat dan kuasi-Newton dan penggunaan arab kelengkungan negatif dalam gabungan linear bagi kaedah kecerunan konjugat dan kuasi-Newton memberikan keputusan berangka yang lebih baik.