Maklumat Jurnal

Hubungan Persepsi Guru Terhadap Tingkahlaku Kepemimpinan Pengetua Dengan Tahap Motivasi Guru Di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Penulis :
Pei Ling Gan
Penyelia :
Jamaliah Abdul Hamid, Phd
Institusi :
Universiti Putra Malaysia
Jenis Dokumen :
Masters
Tarikh Isu :

Abstrak :

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau hubungan persepsi guru terhadap tingkahlaku kepemimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kajian ini melibatkan 205 orang guru terlatih dari sebelas buah sekolah menengah di daerah tersebut. Instrumen Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ) digunakan untuk mengukur persepsi guru terhadap tingkahlaku kepemimpinan pengetua mereka. Instrumen Motivasi pula digunakan untuk mendapatkan persepsi guru terhadap tahap motivasi diri mereka.

Tingkahlaku kepemimpinan pengetua dilihat dari dua dimensi iaitu dimensi pendayautaInaan struktur dan dimensi timbang rasa. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pengetua di daerah Kuala Pilah mempunyai aras pendayautamaan struktur dan aras timbang rasa yang tinggi. Tahap motivasi guru juga didapati tinggi.

Secara keseluruhan, kajian ini mendapati wujud hubungan yang signifikan antara persepsi guru terhadap tingkahlaku kepemimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru (r=O.29, p<0.05). Selain itu, didapati wujud hubungan yang signifikan antara dimensi pendayautamaan struktur dan dimensi timbang rasa dengan tahap motivasi guru (r=0.32, r=0.20, p<0.05). Bagaimanapun, apabila ujian korelasi separa dijalankan, didapati dimensi pendayautamaan struktur mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap motivasi guru (r=0.26, p<0.01) berbanding dengan dimensi timbang rasa. Ini bermaksud dimensi pendayautamaan struktur memberi kesan terhadap tahap motivasi guru. Daripada dapatan kajian, boleh disimpulkan wujud hubungan positif yang lemah tetapi signifikan antara persepsi guru terhadap tingkahlaku kepemimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru tetapi dimensi pendayautamaan struktur didapati telah memberi kesan yang signifikan terhadap motivasi guru