Maklumat Jurnal

Perbandingan Antara Mantik Al-Sullam Dengan Mantik Moden Dalam Konteks Pendidikan Matematik Di Malaysia

Penulis :
Siti Mistima Maat
Penyelia :
Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail
Institusi :
Universiti Putra Malaysia
Jenis Dokumen :
Masters
Tarikh Isu :

Abstrak :

Kajian ini membahaskan mantik dari sudut perbandingan mantik klasik dan mantik moden.

Perbandingan dibuat berdasarkan teori yang terangkum dalam konteks pendidikan matematik di Malaysia. Selain daripada perbandingan, tesis ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa orang Melayu di Nusantara lebih dahulu belajar matematik khususnya ilmu mantik sebelum kedatangan penjajah Inggeris ke Tanah Melayu lagi. Dalam kajian ini, mantik yang dimaksudkan ialah mantik al-Sullam telah mendahului mantik moden yang diperkenalkan oleh Barat dalam sistem pendidikan sekolah di Malaysia.

Matematik juga telah menjadi budaya Nusantara dan berjaya melahirkan ramai tokoh yang bukan sahaja mahir dalam matematik malahan hampir kesemua bidang ilmiah. Selain daripada itu mantik moden yang dihasilkan mempunyai perubahan kecil dan tidak signifikan jika dibandingkan dengan mantik al-SulIam. Melalui perbincangan kajian dapat ditunjukkan bahawa mantik moden membuat perubahan sedikit dari segi Warisan Yunani tersebut telah diperturunkan kepada sarjana Islam dan berpindah ke Barat melalui kegiatan ilmiah.