Maklumat Jurnal

Kesan Modul Motivasi Ke Atas Sikap Kematangan Kerjaya Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Selangor Darul Ehsan

Penulis :
Devarajoo Ponnan
Penyelia :
Associate Professor Dr. Sidek Bin Mohd Noah
Institusi :
Universiti Putra Malaysia
Jenis Dokumen :
Masters
Tarikh Isu :

Abstrak :

Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan penggunaan Modul Motivasi dalam meningkatkan sikap kematangan kerjaya di kalangan pelajar sekolah menengah di Daerah Kuala Seiangor, Selangor Darul Ehsan.

Reka bentuk kajian yang digunakan ialah reka bentuk 'true experimental', ujian- pra, ujian-pasea, kelompok kawalan rawak. Subjek kajian terdiri daripada T2 pelajar Tingkatan Empat yang kemudiannya diagihkan kepada tiga kumpulan secara rawak mudah menggunakan prosedur pemadanan. Tiga kumpulan tersebut ialah kumpulan eksperimen besar yang mendapat rawatan, kumpulan eksperimen kecil yang mendapat rawatan dan kumpulan kawalan tidak mendapat apa-apa rawatan.

Kumpulan eksperimen diberikan rawatan menggunakan Modul Perkembangan Kerjaya Bersepadu yang mengandungi lima rasa yang telah diperkenalkan oleh Sidek Mohd Noah. Ketiga-tiga kumpulan telah diberikan ujian sikap kematangan kerjaya sebelum dan selepas rawatan ujian sikap Kematangan Kerjava digunakan kerana untuk mengukur tahap kematangan kerjaya seseorang pelajar. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan ujian-t, dua sampel bersandar dan ANOYA Ujian ANOVA digunakan untuk menentukan perbezaan kematangan kerjaya antara ketiga-tiga kumpulan yang terhbat dalam kajian ini Keputusan-keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa Modul Motivasi telah dapat meningkatkan sikap kematangan kerjaya di kalangan pelajar khususnya kumpulan eksperimen besar dan kumpulan eksperimen kecil Kesimpulannya dapatan kajian ini menunjukkan betapa perlunya Kementenan Pendidikan Malaysia memperkenalkan Pendidikan Kerjaya sebagai satu mata pelajaran dalam kurikulum sekolah sebagai satu usaha untuk membantu perkembangan dan kematangan kerjaya pelajar Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.