Maklumat Jurnal

Budaya Organisasi Dan Inovasi : Kajian Kes Di Sebuah Organisasi Perisian Komputer Tempatan

Penulis :
Rozihan Abdul Aziz
Penyelia :
Dr. Khairuddin Idris, Phd
Institusi :
Universiti Putra Malaysia
Jenis Dokumen :
Masters
Tarikh Isu :

Abstrak :

Kajian kes di sebuah organisasi perisian komputer tempatan ini, bertujuan untuk memahami budaya organisasi terkini dan mengetahui bagaimana organisasi membantu dalam meningkatkan inovasi.

Selain itu, kajian turut mendalami keperluan organisasi dalam mengeluarkan inovasi. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini, telah menggunakan teknik pengumpulan data secara temubual semi struktur, pemerhatian dan analisis data sekunder. Data dari temubual telah ditranskrip dan dianalisis menggunakan Teknik Analisis Perbandingan Berterusan.

Bagi mendapatkan tema, proses analisis data dilakukan berselang-seli dengan proses pengumpulan data sehingga mencapai tahap ketepuan. Tema yang berulang-ulang dalam data dijadikan kategori. Sepanjang proses pengumpulan dan analisis data, tema-tema tersebut dimodifikasi bagi membolehkan ia mewakili sepenuhnya apa yang didapati dari pengalaman ahli organisasi.

Kajian menunjukkan budaya organisasi memainkan peranan penting dalam inovasi. Nilai yang didukung seperti ketiadaan formaliti dan fleksibiliti telah memudahkan aplikasi dan perkongsian pengetahuan. Oleh itu, Maltrex boleh dipandang sebagai sebuah organisasi pembelajaran.

Nilai yang didukung boJch dilihat secara jelas pada persekitaran kerja yang turut menyurnbang kepada inovasi. Kajian juga mendapati pembelajaran merupakan aspek penting kepada anggota-anggota organisasi. Data menunjukkan terdapat tiga jenis pembelajaran yang digunakan untuk meningkat dan mengemaskinikan pengetahuan, iaitu pembelajaran formal, pembelajaran tidak formal dan pembelajaran informal.