Maklumat Jurnal

Kesan Suplementasi Ekstrak Air Bawang Putih Mentah (Allium Sativum Linn.) Ke Atas Sel Kanser Hepar

Penulis :
Rabeta Mohd Salleh
Penyelia :
Professor Madya Asmah Rahmat, Phd
Institusi :
Universiti Putra Malaysia
Jenis Dokumen :
Masters
Tarikh Isu :

Abstrak :

Pemakanan dan kanser adalah dua istilah yang saling berkait rapat di antara satu sama lain.

Sesetengah komponen diet bukan sahaja boleh dikaitkan dengan peningkatan insidens kanser, malah ia juga boleh mengurangkan keterukan insidens beberapa jenis kanser. Di seluruh dunia, rempah-ratus, sayuran dan pelbagai herba telah digunakan secara meluas sebagai agen perisa di dalam pemprosesan dan penyediaan diet harian. Misalnya komponen bioaktif di dalam bawang putih telah terbukti berkhasiat serta mempunyai sifat antikanser.

Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan kesan empat dos berbeza ekstrak air bawang putih mentah yang diberi semasa hepatokarsinogenesis dengan aruhan dietilnitrosamina (DEN) sebagai pencetus dan asetilaminofluoren (AAF) sebagai agen promosi kanser hepar pada tikus secara in vivo. Sebanyak 78 ekor tikus albino jantan spesis Sprague Dawley yang berusia di antara 10 hingga 11 minggu, berat badan di antara 140- 170 g dan telah dibahagikan kepada 11 kumpulan : Kawalan, Bawang