Maklumat Jurnal

Hubungan Gaya Bercinta Dengan Pendedahan Kendiri Di Kalangan Sekumpulan Siswazah Universiti Putra Malaysia

Penulis :
Ching Ching Cheong
Penyelia :
Pn. Halijah Mohd
Institusi :
Universiti Putra Malaysia
Jenis Dokumen :
Masters
Tarikh Isu :

Abstrak :

Kajian ini adalah mengkaji hubungan antara gaya bercinta dengan pendedahan kendiri di kalangan sekumpulan siswazah Universiti Putra Malaysia.

Kajian ini juga mengkaji perbezaan antara gaya bercinta dengan jantina dan status perkahwinan serta perbezaan pendedahan kendiri dengan jantina. Subjek kajian ini meliputi 100 orang siswazah yang dipilih dari tiga fakulti iaitu 52 orang subjek dari Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar, 15 orang subjek dad Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi·dan 32 orang subjek dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Kajian ini menggunakan Inventori Gaya Bercinta dan Indeks Pendedahan Kendiri untuk mengenalpasti gaya bercinta dan tahap pendedahan kendiri.

Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan Korelasi Pearson dan ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan bahawa di antara enam gaya bercinta, hanya eros, mania dan agape mempunyai hubungan yang signifikan dengan pendedahan kendiri. Ludus, storge dan pragma tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pendedahan kendiri.

Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara gaya bercinta dengan jantina dan status perkahwinan. Keputusan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pendedahan kendiri dengan jantina di kalangan subjek.