Maklumat Jurnal

Ciri Kenyal Dan Rawat Haba Bagi Kaca Argentum Borat Dan Fosfat

Penulis :
Halimah Mohamed Kamari
Penyelia :
Professor Madya Sidek Hj. Abd. Aziz, Phd
Institusi :
Universiti Putra Malaysia
Jenis Dokumen :
Masters
Tarikh Isu :

Abstrak :

Kaca boleh dihasilkan dalam pelbagai komposisi pada julat yang luas untuk penggunaan tertentu.

Dalam kajian ini, kaca argentum dengan pembentuk kaca borat dan fosfat telah dikaji. Empat siri kaca telah berjaya disintisiskan iaitu argentum borat (Ag20)x (B203)J-x (x = 0.2 hingga 0.4), argentum iodida (P205)I-x (x = 0.2 hingga 0.5) dan argentum iodida fosfat (AgI)x [Ag20 2 P205]I-X (x = 0.035 hingga 0.6). Pengukuran halaju ultrasonik telah dijalankan menggunakan sistem pemperolehan data ultrasonik MBS 8000. Ketumpatan kaca tersebut diukur dengan menggunakan prinsip Archimedes.

Daripada halaju dan ketumpatan, ciri-ciri kenyal kaca boleh didapafi. Modulus Young, modulus pukal dan suhu Debye didapati meningkat dengan kandungan Ag20 dan mula berkurangan setelah komposisi pecahan mol Ag20 melebihi 0.35 bagi argentum borat . Modulus Young dan modulus pukal bagi argentum iodida borat didapati meningkat dengan penambahan AgI tetapi corak suhu Debye yang berkurangan dengan meningkatnya AgI. Bagi kaca argentum fosfat, modulus Young dan modulus pukal meningkat dengan kandungan Ag20 dan suhu Debye dengan corak berkurangan.

Modulus Young didapati meningkat dengan AgI tetapi corak yang berkurangan bagi modulus pukal dan suhu Debye diperhatikan dalam kes argentum iodida fosfat. Ciri-ciri kenyal kaca didapati berkait rapat dengan kekuatan rangkaian dan struktur kaca. Kedua-dua siri kaca didapati mempunyai modulus kenyal semakin meningkat terhadap suhu.

Setelah mendapat rawatan haba, diperhatikan bahawa kaca semakin tegar dan struktur kaca semakin kuat.