Maklumat Jurnal

Persepsi Guru Terhadap Peranan Jawatankuasa Penasihat Di Sekolah Menengah Teknik

Penulis :
Mohd Idrus Kadir
Penyelia :
Profesor Madya Dr. Abdul Patah Bin Abdul Malek
Institusi :
Universiti Putra Malaysia
Jenis Dokumen :
Masters
Tarikh Isu :

Abstrak :

Objektif kajian adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap peranan utama Jawatankuasa Penasihat di sekolah, mengenal pasti sarna ada terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi guru terhadap peranan Jawatankuasa Penasihat berdasarkan jantina, kategori tugas, peringkat latihan guru di sekolah, mengenal pasti sarna ada terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi dengan umur, persepsi dengan pengalaman berkhidmat guru di sekolah dan meninjau cadangan guru untuk meningkatkan keberkesanan Jawatankuasa Penasihat di sekolah.

Responden kajian terdiri daripada 160 orang guru di Sekolah Menengah Teknik di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan taburan kekerapan dan peratusan, ujian t dan ujian korelasi Pearson.

Hasil analisis menunjukkan responden bersetuju bahawa peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru berbeza dengan Jawatankuasa Penasihat. Responden juga berpersepsi positif terhadap peranan Jawatankuasa Penasihat. Kajian juga menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan antara persepsi dengan jantina, kategori guru dan peringkat latihan guru.

Manakala hubungan persepsi dengan umur dan persepsi dengan pengalaman mengajar adalah lemah. Responden juga mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor industri menjalin pemuafakatan baru dan mengutamakan keIjaya serta khidmat bimbingan kepada pelajar Sekolah Menengah Teknik.