Maklumat Jurnal

Kajian Biokimia Dan Fisiologi Bagi Interaksi Di Antara Koko Dengan Oncobasidium Theobromae Talbot Dan Keane

Penulis :
Hafizah Mohd
Penyelia :
Associate Professor Radzali Muse, Phd
Institusi :
Universiti Putra Malaysia
Jenis Dokumen :
Masters
Tarikh Isu :

Abstrak :

Penyakit mati rosot jejalur vaskular (VSD) merupakan salah satu penyakit koko yang senus disebabkan oleh sejenis kulat sistemik.

Oncobasidium theobromae Talbot dan Keane. Kulat ini menghasilkan basidiospora yang menyebabkan jangkitan pada cetusan daun yang masih muda dan sihat, tumbuh dengan cepat di dalarn salur zailam, seterusnya menyebabkan kematian pada pucuk dan anak semaian sekiranya hifa sampai ke bahagian batang utama. Objektif utama projek ini ialah untuk mengkaji beberapa aspek interaksi fisiologi dan biokimia di antara hos (koko) dan patogen (Otheobromae) menggunakan teknik dwikultur di dalam keadaan in vitro.

Pada awal kajian, untuk melakukan teknik dwikultur, keadaan kultur yang mungkin mempengaruhi pertumbuhan isolat Otheobromae telah dikaji di dalam medium agar yang sesuai untuk pertumbuhan kalus. Kajian interaksi telah dilakukan di dalam sistem dwikultur di antara isolat kultur tulin miselium 0. theobromae dan kalus koko yang berbeza kerintangan terhadap VSD. Kalus yang telah diinokulasi dengan Otheobromae menunjukkan kolonisasi intersel dan intrasel yang ekstensif dan seterusnya menyebabkan terjadinya kesan keperangan.

Kerintangan pada kalus telah ditunjukkan dcngan kadar kolonisasi yang lebih lambat dan sedikit oleh patogen. Kultur filtrat (CFs) Otheobromae yang berkemungkinan mengandungi fitotoksin tdah dihasilkan dengan menginokuJat miselium patogen tersebut di da]am medium yang mengandungi 50% (v/v) air kelapa dan dieramkan pada 27±2˚C di dalam keadaan gelap selama 21 hari. Kehadiran fitotoksin di dalam CFs kemudiannya lelah diuji dengan beberapa siri bioasai ringkas dengan lisu dan sel koko dan spesies lain seperti biji benih Brassica chinensis. yang biasa digunakan untuk ujian aktiviti fitotoksik.