Maklumat Jurnal

Gaya Pengajaran Pensyarah Di Sebuah Maktab Perguruan Terpilih Dari Persepsi Guru Pelatih

Penulis :
Jamalullail Abdul Wahab
Penyelia :
Dr. Shamsuddin Ahmad Ed.D
Institusi :
Universiti Putra Malaysia
Jenis Dokumen :
Masters
Tarikh Isu :

Abstrak :

Gaya pengajaran pensyarah maktab perguruan boleh memberi kesan kepada prestasi guru-guru pelatih.

Sehubungan dengan itu adalah penting untuk dikenalpasti persepsi guru-guru pelatih terhadap gaya pengajaran pensyarah supaya pensyarah maktab perguruan boleh melakukan perubahan yang positif terhadap gaya pengajarannya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap gaya pengajaran pensyarah maktab perguruan dan kajian ini juga menentukan profil gaya pengajaran pensyarah yang disukai oleh guru-guru pelatih bagi tiap-tiap dimensi gaya pengajaran. Sejumlah 145 guru-guru pelatih semester akhir Maktah Perguruan Kuala Terengganu dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah.

Soal selidik telah ditadbir sendiri oleh pengkaji bersama dua pembantu. Data telah dianalisis menggunakan program Statistical Packge for Sosial Science (SPSS) for MS Window Release 6.0.